https://kerjaya-muslim.blogspot.com/2013/10/daftar-derma-online.html?m=1
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله ربّ العالمين
Terima kasih pengacara majlis
Petah berbicara segak bersamping
Tenaga disumbang tak pernah habis
Yang tua dihormat yang muda dibimbing
Kamarulizham Pengarah Ipoh
Orangnya tinggi senyumnya manis
Pentadbir prihatin tenang tak kecoh
Tak sempat mesra masa dah habis
Tuan Timbalan KJ dan KU
Pensyarah Kanan juga cemerlang
Rakan sejawat staf staf yang ayu
Pelajar berhemah cemerlang terbilang
Tuan puan hadirin budiman
Tak sanggup saya melihat kalian
Takut gugup lupa perkataan
Terlalu sedih dengan perpisahan
Ingat mula akan gembira
Macam tak sabar tunggu bersara
Tapi bila masa dah tiba
Rasa nak pitam kerana duka
Terlalu ramai yang membentuk saya
Terlalu ramai yang mengajar saya
Tidak terbalas budi rasanya
Mohon Allah limpah RahmatNya
Para Srikandi Anjung Wasilah
Wahidah Safiah NoorAini Azizah
Hayati Hasnira Shimah Shuwaibah
Najwa Awra Kakcik Jamilah
Biha Fatimah Rosmah Mazidah
Badariah Hafsah Hanizah Zaharah
Dalila Aqeela adinda Nur'Azah
Pimpin saya ke jalan Allah
JPM, R&I, PJK, JIP
JAPIM, UTM Sains Matematik
KOKO, JKS, SUP, LDP
Perpustakaan Praktikum Grafik
PT Kaunseling PO JTP
Merai membantu setiap detik
Keluarga UPI, UPC, UPT
Asal kandung dah jadi tiri
Tapi kasih bertaut di hati
InsyaAllah tak ndak berhenti
Keluarga HEP saudara sejati
Jamuan makan setiap hari
Biarlah orang hendak berdengki
Kerja selesai itulah janji
Wahai bakal guru sekalian
Pulihkan masyarakat punya tanggapan
Masa depan negara perlu di tangan
Profesion perguruan anda martabatkan
Tak puas pulak bentak hati ni
kalau tidak berbahasa Inggeris
Izinkan saya teruskan majlis
Dengan bahasa kedua ini
Ladies and gentlemen
On my lifelline, my career has ended
I know now why Allah my prayers are deferred
My best has been saved for my last
So I could leave with a great big blast
For my good fortune I praise the good Lord
To Him alone my heart I have poured
He gives and gives and forgives and forgives
I gloat with pleasure when I receive
Despair not my friends hang on and believe
Soon you shall see what you can retrieve
Faith and patience are virtues you need
To keep you sane and firm on your feet
I'm sure your best is yet to come
Just as mine has come to farm
Hadirin yang dirahmati Allah
Hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan,
kebencian dan memutus hubungan kerana esok semuanya
hanya tinggal kenangan
Maka senyumlah, berlapang dadalah maafkanlah
Saya mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki
Saya doakan kita semua bahagia dalam rahmat Allah dan biarlah pengakhiran kita dalam husnul khotimah.
Sekian
وبالله التوفق والهدية
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
wa bila hi taufik wal hidayah
Wassalamu'alaikum wbt.
16 Julai 2017
22 Shawwal 1438