Sunday, July 21, 2019

PESAN BONDA


Nasihat Bonda


Wahai anakandaku empat puteri
1

Dengar sini bonda berperi
2

Di dunia ini kita diuji
3

Bagi melatih sabarkan diri
4

Di dunia ini kita diuji
5

Bagi melatih sabarkan diri
6

Untuk mendapat redha Ilahi
7

Ke syurga firdaus menjejak kaki
8

Untuk mendapat redha Ilahi
9

Ke syurga firdaus menjejak kaki
10

Surah AnNahl Allah berjanji
11

Sabar dibalas berganda nanti
12

Surah An Nahl Allah berjanji
13

Sabar dibalas berganda nanti
14

Paling besar ujiannya suami
15

Makhluk Allah hanya bernafsi
16

Paling besar ujiannya suami
17

Makhluk Allah hanya bernafsi
18

Retak dan remuk sedih dan benci
19

Bila setia mu sudah dikhianati
20

Retak dan remuk sedih dan benci
21

Bila setia mu sudah dikhianati
22

Pujuk la diri sabar la lagi
23

Simpan dan pendam di sanubari
24

Pujuk la diri sabar la lagi
25

Simpan dan pendam di sanubari
26

Kepada Ya Rahim kita berkongsi
27

Sedih diganti bahagia pasti
28

Kepada Ya Rahim kita berkongsi
29

Sedih diganti bahagia pasti
30

Abaikan diri tidak dihargai
31

Doa kita Ya Mujib dengari
32

Abaikan diri tidak dihargai
33

Doa kita Ya Mujib dengari
34

Rayu lah selalu dengan hati yang suci
35

Titiskan airmata mu pada Ya Qawwi
36

Rayu lah selalu dengan hati yang suci
37

Titiskan airmata mu pada Ya Qawwi
38

Di luar habis masa suami
39

Pulang ke rumah cuma nak mandi
40

Di luar habis masa suami
41

Pulang ke rumah cuma nak mandi
42

Makan dan minum perlu diberi
43

Kerana itu tugasnya isteri
44

Makan dan minum perlu diberi
45

Kerana itu tugasnya isteri
46

Berhibur di luar bersama menteri
47

Pulang ke rumah penat dan lali
48

Berhibur di luar bersama menteri
49

Pulang ke rumah penat dan lali
50

Di luar segar bertenaga dan seri
51

Kurang semangat bersama isteri
52

Di luar segar bertenaga dan seri
53

Kurang semangat bersama isteri
54

Dilayan jangan sedih di hati
55

Sabar dan senyum pada suami
56

Dilayan jangan sedih di hati
57

Sabar dan senyum pada suami
58

Nasihat bonda dengar lah mesti
59

Bukan air mengalir di kali
60

Nasihat bonda dengar lah mesti
61

Bukan air mengalir di kali
62

Mungkin takdir mereka berbakti
63

Kepada orang dan bukan kami
64

Mungkin takdir mereka berbakti
65

Kepada orang dan bukan kami
66

Jodoh mahu kekal abadi
67

Sedih di hati pendam sendiri
68

Jodoh mahu kekal abadi
69

Sedih di hati pendam sendiri
70

Solat dan sabar rayu lah lagi
71

Serah segala pada Ilahi
72

Solat dan sabar rayu lah lagi
73

Serah segala pada Ilahi
74

Kuat semangat putihkan hati
75

Bonda yakin anakanda puteri
76

Kuat semangat putihkan hati
77

Bonda yakin anakanda puteri
78

Dipilih Yang Esa jadi bidadari
79

Di syurga Allah akhirat nanti
80

Bonda
81